KUALA LUMPUR: Pengamal bidang perubatan menyambut baik Bajet 2023 yang dibentangkan pada Jumaat dengan peningkatan peruntukan yang signifikan kepada sektor kesihatan awam, berbanding tahun-tahun sebelum ini, selain menyokong perubahan yang diperlukan dalam sistem penjagaan kesihatan.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata menerusi kenyataan pascabajet tersebut, kerajaan telah memperuntukkan RM36.139 bilion kepada Kementerian Kesihatan (KKM), iaitu RM31.5 bilion adalah untuk pengoperasian dan RM4.63 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
"Peruntukan dalam Bajet 2023 adalah peningkatan RM3.72 bilion atau 11.51 peratus berbanding RM32.4 bilion diperuntukkan pada 2022. Ini adalah salah satu peningkatan terbesar dalam perbelanjaan antara kementerian," katanya dan menambah daripada keseluruhan RM372 .3 bilion diperuntukkan dalam Bajet 2023, 11.05 peratus diperuntukkan kepada KKM.
SEGALANYA MENGENAI BAJET 2023, KLIK DI SINI!
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr R.Muruga Raj berkata penekanan kerajaan terhadap pencegahan menerusi penambahbaikan kepada pelbagai program saringannya disambut baik dan berharap ia akan menggalakkan masyarakat untuk mengambil peluang daripada langkah tersebut.
Dr Muruga Raj menerusi kenyataan berkata beliau percaya cadangan enam inisiatif baharu bernilai RM3.4 bilion kepada Kementerian Kewangan pada akhir September lepas telah memberi impak dalam meyakinkan kementerian itu mengenai keperluan untuk peruntukan yang lebih tinggi kepada KKM.
"Bagaimanapun kami berharap akan ada perincian lanjut tidak lama lagi mengenai rancangan untuk sumber manusia yang merupakan nadi kepada sistem penjagaan kesihatan awam kita. Masih banyak yang perlu dilakukan dalam menangani isu doktor kontrak dan kekurangan pakar dan untuk itu, MMA berharap akan ada ketelusan dalam penggunaan pelbagai peruntukan di bawah KKM," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) Datuk Dr Kuljit Singh berkata pengamal kesihatan swasta akan terus membantu kerajaan dalam merawat pesakit yang mempunyai mampu menanggung perbelanjaan kesihatan mereka sendiri dan ini akan mengurangkan beban sistem penjagaan kesihatan awam.
"Belanjawan ini adalah untuk pesakit yang memerlukan sistem penjagaan kesihatan awam dan kami berharap kerajaan akan terus membenarkan penjagaan kesihatan swasta untuk kekal dalam strukturnya sekarang tanpa gangguan terhadap model perniagaannya. Justeru, hospital swasta akan dapat memberi lebih sokongan kepada hospital awam," katanya.
Bagaimanapun, badan bukan kerajaan Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial berpandangan Bajet 2023 bukanlah game changer atau pengubah keadaan kepada penjagaan kesihatan meskipun terdapat peningkatan signifikan peruntukan.
Ketua Eksekutifnya Azrul Mohd Khalib berkata bajet itu adalah usaha untuk menangani masalah yang sudah berlarutan disebabkan oleh kurangnya pelaburan sebelum ini seperti infrastruktur usang dan mengekalkan kakitangan kesihatan berkemahiran.
"Kerajaan juga mahu menangani isu doktor kontrak dengan menambah item bagi pengambilan kontrak, namun tidak menambah jawatan tetap walaupun terdapat peningkatan besar dalam emolumen secara keseluruhannya. Ini secara jelas bermaksud untuk menanggung perbelanjaan kenaikan pangkat kakitangan sedia ada dan meningkatkan gaji bagi membantu mengekalkan pekerja berkemahiran," katanya dalam kenyataan.
Azrul berkata beliau kecewa kerana tidak disebut tentang komitmen untuk menangani isu kewangan penjagaan kesihatan dan melabur dalam penyelesaian jangka masa panjang yang mampan.
"Bagi memastikan sistem penjagaan kesihatan Malaysia dapat terus memberi perkhidmatan yang berkualiti, murah dan mudah diakses kepada semua pada masa akan datang serta menangani cabaran mencegah dan merawat penyakit tidak berjangkit (NCD), kesihatan mental dan populasi menua, kerajaan mestilah mempunyai keinginan dan komitmen untuk melabur sekarang dalam pendekatan baharu yang mampan bagi menampung perbelanjaan kesihatan," katanya.
Selain itu, Khairy berkata Bajet 2023 mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan aspek kesihatan diberi penekanan dalam semua dasar merentasi pelbagai kementerian dan agensi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 08 2022
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan telah memperuntukkan RM36.139 bilion kepada Kementerian Kesihatan (KKM). - Astro AWANI/Shahir Omar
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.
Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.
Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.
Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.
BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.
Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.
2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.
Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.